Ketika negara kini dalam fasa memperkukuhkan penyediaan rangkaian akses capaian jalur lebar bertaraf 5G, agak malang seandainya masih ada sebahagian kawasan atau masyarakat negara ini yang belum mampu menikmati rangkaian jalur lebar walaupun bertaraf lebih rendah.
Namun itulah isu yang membelenggu sebahagian penduduk di daerah Kuala Pilah yang mendakwa bukan sahaja capaian internet malah sebahagianya gagal mendapatkan talian telefon biasa.